PBB umum gencatan senjata 72 jam

PBB umum gencatan senjata 72 jam

SANAA, Yaman, 18 Okt – Parti-parti yang berperang di Yaman telah bersetuju bagi gencatan senjata 72 jam yang akan berkuat kuasa sejurus sebelum tengah malam Rabu, kata utusan khas PBB ke Yaman.

Utusan Khas, Ismail Ould Cheikh Ahmed berkata dia berharap gencatan senjata sementara itu boleh membawa kepada ‘penamatan tetap kepada konflik itu’.

Ahmed berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa dia menerima jaminan daripada semua parti-parti konflik untuk menangguhkan permusuhan pada jam 11:59 malam waktu tempatan pada Rabu bagi tempoh awal 72 jam yang tertakluk pada pengemaskinian.

Puak-puak yang berperang bersetuju untuk mematuhi syarat persetujuan gencatan senjata sementara pada April, ujarnya. Persetujuan itu memerlukan mereka untuk ‘membolehkan akses bebas dan tanpa halangan bagi penghantaran bekalan kemanusiaan dan peribadi’ kepada semua bahagian di Yaman, ujarnya.

Perang di Yaman bermula pada 2014 apabila pemberontak Syiah yang dikenali sebagai Houthi berpangkalan di utara merampas bandar di Sanaa.

Gambar fail yang diambil pada 14 Oktober menunjukkan tembakan dan asap kelihatan selepas serangan udara diketuai Saudi melanda tapak yang dipercayai tempat simpanan senjata terbesar di bandar Sanaa pinggir Yaman. Parti-parti yang berperang di Yaman telah bersetuju gencatan senjata 72 jam yang bermula tengah malam ini. – AP
Gambar fail yang diambil pada 14 Oktober menunjukkan tembakan dan asap kelihatan selepas serangan udara diketuai Saudi melanda tapak yang dipercayai tempat simpanan senjata terbesar di bandar Sanaa pinggir Yaman. Parti-parti yang berperang di Yaman telah bersetuju gencatan senjata 72 jam yang bermula tengah malam ini. – AP

Menteri Luar Negeri, Abdel-Malak al-Mukhlafi menggesa lewat kelmarin yang rampasan kuasa ke atas bandar itu berbulan lamanya perlu dibatalkan dan bekalan bantuan akan dihantar kepada para penduduk tanpa syarat.

“Perdamaian adalah pilihan tetap kami,” ujarnya.

Persetujuan gencatan senjata diumumkan lewat kelmarin, sehari selepas Ahmed, utusan PBB bertemu Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Setiausaha Luar Negeri Britain, Boris Johnson di London.

“Sudah masanya untuk mengimplementasikan gencatan senjata tanpa bersyarat dan kemudian beralih ke meja rundingan,” kata Kerry selepas mesyuarat pada Ahad. – AP