PBB undi perjanjian nuklear Iran minggu depan

PBB undi perjanjian nuklear Iran minggu depan

UNITED NATIONS, 15 Julai – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan akan mengundi minggu depan dalam satu resolusi untuk menyokong perjanjian nuklear Iran dan menghentikan sekatan yang disasarkan, tetapi mengekalkan satu sekatan senjata dan teknologi peluru berpandu balistik, kata para diplomat.

Amerika Syarikat (AS) akan mengedarkan draf resolusi kepada 15 ahli Majlis Keselamatan hari ini, menurut diplomat PBB, bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Di bawah perjanjian bersejarah di antara Iran dan kuasa-kuasa besar di Vienna kelmarin, Iran bersetuju kepada sekatan jangka panjang ke atas program nuklear yang mana pihak barat mengesyaki ia bertujuan bagi menghasilkan bom atom.

Sebagai balasan, AS, Kesatuan Eropah (EU) dan PBB akan menarik sekatan kepada Iran.

Di bawah persetujuan itu, mana-mana sekatan bantuan PBB akan secara serentak dengan pengesahan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa “pelaksanaan langkah-langkah berkaitan nuklear yang dipersetujui oleh Iran.”

Menteri Luar Iran ketika dalam sidang di lapangan terbang Iran selepas menghadiri perjanjian nuklear bersama kuasa-kuasa besar dunia di Vienna. – AFP
Menteri Luar Iran ketika dalam sidang di lapangan terbang Iran selepas menghadiri perjanjian nuklear bersama kuasa-kuasa besar dunia di Vienna. – AFP

Resolusi Majlis Keselamatan PBB akan menamatkan tujuh resolusi terdahulunya pada Iran, namun di bawah perjanjian Vienna ia akan meninggalkan sekatan senjata PBB dilaksanakan selama lima tahun dan larangan untuk membeli sebarang teknologi peluru berpandu selama lapan tahun.

Lima ahli kekal bersenjata veto di Majlis Keselamatan PBB – AS, Rusia, China, Britain dan Perancis adalah parti-parti yang bersetuju dengan perjanjian dengan Iran di Vienna, bersama dengan Jerman dan EU.

Resolusi PBB untuk menyokong perjanjian itu juga akan mengabadikan satu mekanisme bagi semua sekatan Majlis Keselamatan untuk secara automatik dikenakan semula jika Iran melanggar perjanjian tersebut.

Menurut kepada perjanjian Vienna, enam kuasa besar dunia, Iran dan EU akan membentuk suruhanjaya bersama bagi mengatasi sebarang aduan mengenai pelanggaran.

Jika negara aduan tidak puas hati dengan bagaimana suruhanjaya mengatasinya, mereka boleh terus membuat aduan kepada Majlis Keselamatan PBB.

Majlis Keselamatan kemudian akan perlu mengundi satu resolusi untuk terus menarik sekatan ke atas Iran.

Jika resolusi tersebut tidak diadaptasi dalam jangka 30 hari selepas pihak majlis menerima aduan tersebut, semua sekatan yang terkandung dalam semua resolusi PBB sebelumnya akan dikenakan semula, melainkan pihak majlis memutuskannya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA