PBD bangunkan piawaian inap desa

PBD bangunkan piawaian inap desa

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Satu piawaian telah dibangunkan bagi menjelaskan keperluan untuk memajukan inap desa, di mana tetamu akan tinggal bersama keluarga dan merasakan kehidupan mereka dan komuniti di negara ini.

Piawaian Penginapan Pelancong bagi Inap Desa itu akan memfokuskan kepada ciri-ciri penting yang dinyatakan dalam Piawaian Inap Desa ASEAN dengan ciri-ciri tambahan yang disesuaikan dengan adat dan budaya negara ini dengan komunitinya yang terdiri beberapa kumpulan etnik yang berbeza.

Tempoh bagi orang ramai mengutarakan pandangan adalah dua bulan bagi membolehkan ulasan yang dihantar dalam Piawaian Brunei Darussalam (PBD) sedia ada oleh pihak yang berminat dan/atau sector seperti, makanan, elektrik, pembinaan, kesihatan, automotif dan pelancongan.

Semua pandangan dan ulasan akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa tertentu dan draf selanjutnya akan dilakukan, jika perlu. Draf PBD boleh diperoleh dan ulasan boleh dihantar secara dalam talian menerusi www.ei.gov.bn/pbd. Tarikh tutup penghantaran ulasan adalah pada 21 Januari 2017.

PBD adalah dokumen standard kebangsaan yang memberikan garis panduan kebangsaan dalam bidang-bidang seperti rekaan, penggunaan atau pelaksanaan bahan-bahan, produk, proses, perkhidmatan dan sistem.

Sebagai sebahagian daripada perkembangan PBD, salah satu daripada peralatan penting bagi memastikan ketelusan dan penyertaan daripada empat pemegang amanah utama yang terdiri dari kerajaan, swasta, umum dan pengguna. PBD adalah berdasarkan sistem terbuka menurut keperluan Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Sebelum mana-mana piawaian diperkenalkan atau dikaji, semua dokumen akan menjalani proses konsultasi. Peringkat penting dalam kemajuan PBD adalah tempoh ulasan orang ramai.

Tempoh ini diberikan bagi memastikan industri, syarikat dan pemegang amanah lain sedar mengenai sebarang perubahan masa depan kepada PBD dan memberikan mereka dan orang awam pada umumnya, dengan peluang untuk mengulas, mempengaruhi elemen tertentu dan dokumen standard sebelum diterbitkan oleh Jawatankuasa Piawaian Kebangsaan.

Ini memastikan semua pandangan daripada pelbagai sektor dipertimbangkan untuk mempengaruhi kandungan piawaian dan juga memberikan orang ramai biasa dengan kandungan piawaian sebelum diterbitkan dan membawa kelebihan kepada persaingan.

PBD mengandungi piawaian daripada pelbagai jawatankuasa teknikal termasuk makanan, elektrik, pembinaan, kesihatan dan automotif.

Pusat Piawaian Kebangsaan adalah unit di bawah Jabatan Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri yang membantu dan mengawal bidang-bidang Piawaian dan Pelaksanaan.

Di samping memastikan piawaian di negara ini mematuhi keperluan antarabangsa, pusat itu juga memberikan garis pandu dan maklumat kepada usahawan mengenai pentingnya memiliki sijil tepat (kualiti dan piawaian produk).

ARTIKEL YANG SAMA