PBDB teruskan rentak kemenangan

PBDB teruskan rentak kemenangan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 26 Ogos – Pasukan Pertubuhan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB) meneruskan rekod tanpa kalah apabila menundukkan BMC (Brunei Methanol Company) 6–1 dalam aksi Kumpulan B Kejohanan Futsal Hari Keputeraan II anjuran PBDB dan BMC di Kompleks Sukan Mumong, Kuala Belait, hari ini.

Dalam perlawanan PBDB menentang BMC, Mohd Fadhillah bin Abdul Razak meletakkan PBDB di hadapan dengan jaringan gol pertama perlawanan. Abdul Rafiuddin bin Abdul Razak membuat cubaan tepat ke arah gawang pihak lawan namun penjaga gol BMC Awang Adi Gaddafi berjaya menyelamatkan keadaan.

PBDB berjaya menembus gawang BMC lagi apabila Abdul Rafiuddin berjaya menjaringkan untuk menjadikan kedudukan 2-0. BMC yang tidak mudah untuk menyerah kalah berjaya menembusi gawang PBDB hasil jaringan Adi Sofee bin Haji Adnan untuk merapatkan jurang.

Dalam separuh masa kedua, PBDB meningkatkan serangan dengan dua percubaan pemain Mohd Alif Akmal bin Anbarie Mahmood dan Nazirul Hazig Adnan tersasar.

BMC (biru) menentang PBDB di Kompleks Sukan Mumong, Kuala Belait hari ini.
BMC (biru) menentang PBDB di Kompleks Sukan Mumong, Kuala Belait hari ini.

Kesilapan BMC terus mengundang padah apabila Mohd Fadhillah bin Mohd Azri terus menambah jumlah jaringan PBDB. Awang Hairul bin Azwan Lehan berjaya menjaringkan hatrik untuk melengkapkan kemenangan 6-1 pada minit terakhir perlawanan.

PBDB kini mengumpul 12 mata berbanding pencabar terdekatnya Pandan 6 tiga mata di belakang. Kumpulan A pula menyaksikan Vegrow City B menduduki tempat teratas dengan 12 mata selepas empat perlawanan manakala perlawanan Kumpulan C dan D malam ini bermula jam 8 malam di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA