PBDBM adakan Mesyuarat Agung

PBDBM adakan Mesyuarat Agung

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei Muara (PBDBM) mengadakan Mesyuarat Agung Sesi 2015-2018 yang antara lain bagi membubarkan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi memberi laluan kepada pemilihan baru untuk penggal tiga tahun akan datang di Restoran Pemodo Seafoods, Telanai.

Antara yang hadir ialah Yang DiPertua PBDBM sesi 2011-2014, Yang Mulia Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran Dato Seri Laila Jasa Haji Abas.

Pada mesyuarat itu AJK sepakat untuk membubarkan ahli jawatankuasa sesi 2011-2014 dan mengadakan pemilihan AJK dengan jawatan Yang DiPertua PBDBM disandang oleh Haji Juned bin Haji Ramli sementara jawatan Naib Yang DiPertua I disandang oleh Haji Mohammad Noor bin Haji Hamid dan jawatan Naib Yang DiPertua II disandang oleh Pengiran Haji Ali Hassan.

Jawatan Setiausaha Agung PBDBM dipikul oleh Haji Abdul Razak bin Haji Ibrahim, Setiausaha Perlawanan pula ialah Awang Mohammad Isa bin Haji Marsidi, Timbalan Setiausaha Agung ialah Abang Haji Nor Hadzmy bin Abang Haji Taha. Bendahari Agung disandang oleh Haji Asmali bin Hj Mohamad, Timbalan Bendahari Agung ialah Jeffery Pang @ Pang Ching Guan manakala jawatan Pendaftar dipikul olehMohd Adiwan bin Sabtu.

PBDBM bergambar ramai selepas Mesyuarat AGung semalam.
PBDBM bergambar ramai selepas Mesyuarat AGung semalam.

Pada mesyuarat yang sama juga, seramai tujuh ahli biasa dilantik, iaitu Haji Mesli bin Dollah, Haji Maswadi bin Haji Ismail, Awang Musa bin Hj Md Jumat, Haji Awang bin Haji Awang Tengah, Awang Omar bin Bakir, Awang Eddeynoor @ Muhammad Nur Hadi bin Haji Ali dan Haji Zulkifli bin Haji Laidin.