PBP hulur bantuan

PBP hulur bantuan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Persatuan Bekas Perajurit (PBP) cawangan Daerah Brunei dan Muara, baru-baru ini, telah menghulurkan bantuan asasi kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Daerah Temburong.

Majlis penyampaian sumbangan kepada Haji Bakir bin Abdul Ghapar telah berlangsung di kediaman anaknya, Awang Saiful bin Haji Bakir di Kampung Manggis Satu, Jalan Muara yang juga menerima sumbangan bagi mewakili bapanya.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi PBP cawangan Daerah Brunei dan Muara, SSJn (B) Haji Umar bin Serudin.

Gambar ramai keluarga mangsa dan penderma.
Gambar ramai keluarga mangsa dan penderma.

ARTIKEL YANG SAMA