PBP NBD sertai VECONAC

PBP NBD sertai VECONAC

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 27 Okt – Delegasi seramai 12 orang ahli Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam (PBP NBD), baru-baru ini, telah menghadiri Persidangan Lembaga Eksekutif ke-28 Gabungan Veteran Negara-negara ASEAN (VECONAC) yang berlangsung di Yangon, Myanmar.

Delegasi PBD NBP diketuai oleh Yang Di-Pertua PBP NBD, Yang Dimuliakan Pehin Datu Paduka Raja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Shari bin Ahmad.

Turut serta ialah ahli-ahli Biro Wanita Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam.

Persidangan tersebut telah dihoskan oleh Pertubuhan Veteran Perang Myanmar (MWVO) dan dipengerusikan oleh Presiden VECONAC, Leftenan Jeneral Thiri Pyan Chi Hsan Oo.

Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam (PBD NBD) yang telah menghadiri Persidangan Lembaga Eksekutif ke-28 Gabungan Veteran Negara-negara ASEAN.
Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam (PBD NBD) yang telah menghadiri Persidangan Lembaga Eksekutif ke-28 Gabungan Veteran Negara-negara ASEAN.

ARTIKEL YANG SAMA