PDB adakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Puja Usia

PDB adakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Puja Usia

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Timbalan Sultan dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis, ke-42 tahun, Pasukan Polis Diraja Brunei juga telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran, yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor.

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, para pengarah dan timbalan pengarah, pegawai-pegawai pemerintah Daerah Polis, ketua formasi dan para pegawai serta anggota Polis Diraja Brunei (PDB).

Acara telah dimulakan dengan sembahyang Fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sebelum ditutup dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam Pasukan Polis Diraja Brunei dengan dipengerusikan oleh S/Supt Haji Hassan bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad itu merupakan majlis tahunan mereka sejak Duli Pengiran Muda Mahkota dilantik menjadi Timbalan Inspektor Jeneral Polis pada 5 Mei 2005.

ARTIKEL YANG SAMA