PDB adakan perlawanan Golf Amal

PDB adakan perlawanan Golf Amal

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Pasukan RBAF GC muncul juara bagi Kategori Berpasukan dalam perlawanan Golf Amal sempena Sambutan Hari Polis ke-95 yang diadakan di Kelab Golf RBA Sdn Bhd, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor.

Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Berpasukan, Kategori Gross Individu, Kategori Paling Terdekat Dengan Pin, dan Kategori Paling Terdekat Dengan Garis.

Bagi Kategori Gross Individu pula dimenangi oleh KPT Haji Mohd Wadi Wadera, Leftenan Kolonel Zahrin memenangi bagi Kategori Paling Terdekat Dengan Pin dijuarai, manakala Kategori Paling Terdekat Dengan Garis pula dimenangi oleh Awang Mohd Zulehram.

Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan piala juara kepada wakil RBAF GC.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin menyampaikan piala juara kepada wakil RBAF GC.

Perlawanan yang dianjurkan oleh Bahagian Golf Pasukan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) itu disertai oleh seramai 50 orang peserta terdiri daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), agensi-agensi Penguatkuasaan Undang-undang dan kelab-kelab golf di Negara Brunei Darussalam.

Perlawanan Golf Amal tersebut juga diselajuri dengan Penyampaian Cek Kutipan Derma bagi Tabung Anak-anak Yatim Pasukan Polis Diraja Brunei kepada Pengerusi PEKERTI, Datin Hajah Rosminah binti Haji Abdul Hamid.

Perlawanan ini bagi mengeratkan perhubungan di antara agensi-agensi Penguatkuasa Undang-undang dan juga ABDB, di samping memberikan peluang kepada peserta untuk menyumbangkan sebahagian daripada yuran penyertaan ke Tabung Anak-anak Yatim Pasukan Polis Diraja Brunei.