PDB Cawangan Berakas muncul juara

PDB Cawangan Berakas muncul juara

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) Cawangan Berakas muncul juara Perlawanan Bola Sepak Futsal 5 Orang Sepasukan Di Antara Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mukim Berakas ‘A’ Kali Pertama 2015 selepas menewaskan Institusi Mukim & Kampung (IMK), Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) 5-0.

Pada kejohanan di Padang Bola Sepak Sekolah Rendah Dato Mahawangsa Lambak berkenaan, MPK Jaya Setia / Jaya Bakti memenangi tempat ketiga apabila menang 4-1 ke atas MPK Lambak ‘B’ dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Anugerah Pemain Terbaik kejohanan pula menjadi milik pemain PDB Cawangan Berakas iaitu P/ASP Mohd ‘Izzuddin Haris bin Haji Mohd Salleh.

JUARA...Skuad Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Berakas.
JUARA…Skuad Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Berakas.

Menyempurnakan majlis penyampaian hadiah bagi kejohanan anjuran MPK Lambak ‘B’, Mukim Berakas ‘A’ bagi merebut Piala Pusingan Yang Berhormat Haji A. Ahmad bin Husain sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2015 ialah Yang Berhormat Haji A. Ahmad sendiri.

Sejumlah lapan pasukan menyertai kejohanan berkenaan yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Hanya dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak meneruskan persaingan di peringkat separuh akhir.

Separuh akhir pertama menyaksikan johan Kumpulan A, PDB Cawangan Berakas menewaskan naib johan Kumpulan B, MPK Lambak ‘B’ dengan jaringan 1-0, manakala johan Kumpulan B, IMK JDBM menang 2-1 ke atas naib johan Kumpulan A, MPK Jaya Setia / Jaya Bakti dengan jaringan 2-1.

ARTIKEL YANG SAMA