PDI anjur ‘Asas Psikologi’

PDI anjur ‘Asas Psikologi’

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Sebagai salah satu langkah menyebarluaskan pembelajaran Islam, Kumpulan Da’ie di bawah Pusat Dakwah Islamiah (PDI) menganjurkan taklimat bertajuk ‘Asas Psikologi’ di bawah program ‘ILM Series’ pusat itu.

Taklimat disertai 50 orang peserta dari Kumpulan Da’ie yang mempelajari asas psikologi pemikiran manusia dan individu termasuklah kelakuan otak, pembangunan mental dan sosial abnormal yang berkaitan dengan Islam disampaikan oleh Pegawai Kaunseling dari Jabatan Pembangunan Masyarakat, Haji Khairul Ariffin bin Haji Abdul Aji.

Melalui taklimat itu, peserta akan dapat memahami diri mereka sendiri dan orang lain.

Haji Khairul Ariffin ketika menyampaikan taklimat.
Haji Khairul Ariffin ketika menyampaikan taklimat.
Antara peserta Kumpulan Da’ie yang hadir pada majlis tersebut.
Antara peserta Kumpulan Da’ie yang hadir pada majlis tersebut.

Ketua Bahagian Kemasyarakatan Belia Da’ie menjelaskan Program ILM Series, merupakan siri kedua susulan siri pertama pada dua minggu lalu yang dibukakan kepada semua belia di negara ini.

Ia merupakan inisiatif untuk menyemai ilmu kepada belia dan menjadikan mereka pendakwah serta penceramah berkaliber hasil program ILM ini.

Taklimat program ILM Series dibukakan kepada orang ramai dan pendaftaran bagi siri akan datang bolehlah dibuat pada sesi taklimat seterusnya pada 22 April ini di Pusat Dakwah Islamiah.

ARTIKEL YANG SAMA