PDI bantu ringankan bebanan mualaf

PDI bantu ringankan bebanan mualaf

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Dalam usaha membantu para mualaf untuk sentiasa berusaha dan berdikari, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) secara berterusan akan memberikan sokongan dari segi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ke arah itu, Unit Kebajikan Mualaf, Bahagian Pembangunan Mualaf, PDI, hari ini, telah memberikan sumbangan berupa sebuah mesin rumput kepada seorang mualaf, Awang Alifa Safwa bin Abdullah untuk kegunaan beliau dalam kerja-kerja pembersihan.

Hadir menyampaikan sumbangan yang berlangsung di kediaman beliau di Kampung Pengkalan Sibabau, Mentiri itu ialah Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Hajah Siti Rahmah binti Haji Julaihi.

Antara lain objektif bantuan ini adalah sebagai salah satu syiar dakwah kepada para mualaf di negara ini untuk sentiasa berdikari dengan tidak meminta bantuan daripada mana-mana pihak, di samping sebagai usaha dan rasa pemedulian PDI kepada golongan mualaf yang memerlukan bantuan.

Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf menyerahkan bantuan berupa mesin rumput kepada Awang Alifa Safwa.
Pemangku Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf menyerahkan bantuan berupa mesin rumput kepada Awang Alifa Safwa.

PDI juga berharap dengan adanya bantuan ini, penerima dapat menjaganya dengan baik dan memanfaatkan bantuan ini dengan sebaik mungkin sesuai dengan objektif PDI untuk menjadikan bantuan sebagai satu saran dakwah yang sangat berkesan untuk menjaga kebersihan seperti yang dituntut oleh Islam.

ARTIKEL YANG SAMA