PDI peduli nasib saudara baru

PDI peduli nasib saudara baru

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Kebajikan saudara-saudara baru di negara ini terus diberikan perhatian oleh pihak berkepentingan terutamanya Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

Sehubungan itu, PDI hari ini menyerahkan bantuan berupa barangan asas pembuatan kuih-muih kepada Dayang Siti Nur Asrina binti Abdullah dalam majlis yang berlangsung di kediamannya, di Kampung Kapok.

Hadir menyerahkan barangan pembuatan kuih-muih itu ialah Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf, Dayang Siti Rahmah binti Haji Julaihi.

Menurut Dayang Siti Rahmah, ia merupakan tanggungjawab PDI dalam memeduli nasib saudara-saudara baru di negara ini.

Dayang Siti Nur Asrina bersama keluarga menerima bantuan daripada pihak PDI.
Dayang Siti Nur Asrina bersama keluarga menerima bantuan daripada pihak PDI.

Bantuan dihasratkan dalam dapat memberikan mereka kemudahan menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa dan harmoni serta mengharapkan tidak ada saudara baru yang terpinggir daripada arus pembangunan negara, tambahnya.

Dayang Siti Nur Asrina turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan dan akan memanfaatkan sumbangan berkenaan bagi memajukan perniagaan membuat kuih-muihnya.

ARTIKEL YANG SAMA