PDRM tunggu pengesahan Filipina

PDRM tunggu pengesahan Filipina

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina sama ada lima kru yang hilang di perairan Dent Haven, Tambisan, Sabah, dua hari lepas, menjadimangsa culik.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata lima lelaki tempatan itu dipercayai diculik dan dibawa ke selatan Filipina.

“Bagaimanapun, sekarang ini kami masih lagi menunggu pengesahan daripadapihak berkuasa sana (Filipina) sama ada mereka ini benar-benar diculik dan kemungkinan kumpulan yang sama seperti sebelum ini yang mendalangiinsiden penculikan terbaru di perairan Sabah.

“Setakat ini, tiada sebarang tuntutan wang tebusan diterima daripada mana-mana pihak,” katanya pada sidang media bersempena PersidanganAseanapol ke-36 di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Laporan menyatakan bahawa sebuah bot tunda kosong dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Dent Haven, Tambisan, Lahad DatupadaIsnin.

Pihak berkuasa sedang menyiasat nasib lima anak kapal itu, yang kesemuanya rakyat Malaysia.

Mereka dikenali sebagai Abd Rahim Summas, 62, juragan bot dari KampungTanjung Batu, Tawau; Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat,Tawau;Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dariBatu 2,Jalan Apas, Tawau. – Bernama