Pecah amanah, penjara ditambah 8 bulan

Pecah amanah, penjara ditambah 8 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah-logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Mahkamah Rayuan di sini mengambil keputusan menambah hukuman penjara sebanyak lapan bulan terhadap seorang juruwang kerana melakukan pecah amanah, enam tahun lalu.

Hakim John Barry Mortimer, Leonard dan Burrell memutuskan hukuman setahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Perantaraan pada 14 September lalu, terhadap Mohamad Yusmin Hatta bin Mohd Yusop, 31, adalah terlalu rendah.

Dengan keputusan terbaru itu, Mohamad Yusmin perlu menjalani hukuman penjara selama setahun lapan bulan.

Ketiga-tiga hakim itu membuat keputusan berkenaan selepas menerima rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Farhanah binti Pehin Dato Haji Suhaili bahawa tempoh hukuman penjara setahun itu tidak memadai memandangkan kesalahan itu adalah serius.

Para panel hakim sebulat suara bersetuju bahawa hakim Mahkamah Perantaraan ketika itu mengambil titik permulaan hukuman yang rendah.

Mohamad Yusmin Hatta didapati bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang $54,901.75 sen milik Baiduri Finance Berhad.

ARTIKEL YANG SAMA