Pecah masuk rumah, 3 dipenjara

Pecah masuk rumah, 3 dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_151005_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Tiga lelaki tempatan yang mengaku bersalah terlibat dalam kes pecah masuk rumah dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Perantaraan, semalam.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin POKSMDSP Haji Abidin memutuskan supaya Mohammad Shahlan bin Haji Chuchu, 40, dan Mohammad Ezam bin Tuah, 28, masing-masing dikenakan penjara empat tahun dan tiga sebatan sementara Awangku Khairul Hanif bin Pengiran Rosli pula dikenakan dua tahun penjara dan tiga sebatan.

Kertas pertuduhan menyebut, Mohammad Shahlan dan Mohammad Ezam memecah masuk sebuah rumah di Jalan Ban 3, Mulaut pada 23 November 2014 dan membawa bersama pedang samurai dan parang.

Kedua-dua tertuduh mencuri barangan rumah yang kemudiannya dibahagikan sesama mereka.

Keesokan malamnya, kedua-dua tertuduh bersama Awangku Khairul Hanif turut memecah masuk sebuah rumah di Kampung Tungku dan mencuri televisyen 42 inci, kasut, permainan helikopter kawalan jauh, barang antik dan minuman Nescafe 3 dalam 1.

Mohammad Shahlan telah ditangkap pada 26 November 2014 manakala Mohammad Ezam dan Awangku Khairul Hanif diberkas pada 27 November 2014.

ARTIKEL YANG SAMA