Pecah rekod kejayaan

Pecah rekod kejayaan

Oleh Moahamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah hari ini berkenan berangkat ke Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) bagi menyaksikan anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim yang menyertai Kejohanan Renang Peringkat Usia 7-9 Tahun Brunei, di sini.

Dalam perlumbaan 50 meter renang bebas, Yang Teramat Mulia berjaya memecahkan rekod kejohanan dengan catatan masa 38.32 saat dan mencatatkan masa 22.59 saat dalam acara kuak lentang.

Selain daripada acara berkenaan, Yang Teramat Mulia turut berkenan menyertai dan memecah rekod peribadinya dalam acara 25 meter renang bebas dan kuak dada.

Dalam kejohanan kali ini, Yang Teramat Mulia tampil di tempat kedua bagi acara campuran 9 tahun dan turut menyertai acara 4×25 meter bersama rakan sepasukannya Anastase Guillou, Aaesyah Ahmad Fathi dan Breanna Lee Le Er.

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan bergambar bersama anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim selepas berjaya mencatat rekod pada Kejohanan Renang 7-9 Tahun Brunei di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di Jalan Sungai Akar, kelmarin.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan bergambar bersama anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim selepas berjaya mencatat rekod pada Kejohanan Renang 7-9 Tahun Brunei di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) di Jalan Sungai Akar, kelmarin.
YangTeramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan beraksi dalam kejohanan renang tersebut. - Gambar Infofoto
YangTeramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan beraksi dalam kejohanan renang tersebut. – Gambar Infofoto

Dalam acara 25 meter kuak lentang individu, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim meraih tempat keempat dengan memecah rekod peribadinya 25.46 saat.

Catatan masa lain yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia adalah 25.31 saat dalam acara kuak dada dan 17.62 saat bagi acara renang bebas memecahkan rekod peribadi yang dicatatkan pada Mei lalu.

Yang Teramat Mulia kemudiannya turut berkenan menerima sijil pencapaian bagi kejayaan memecah rekod peribadi dan kejohanan.

Turut memecahkan rekod renang pada kejohanan itu ialah Breanna Lee Le Er bagi 9 tahun perempuan dalam acara 50 meter bebas dan 25 meter kuak kupu-kupu.

ARTIKEL YANG SAMA