Pedro dahului undian Fujimori

Pedro dahului undian Fujimori

LIMA, 6 Jun – Pengundian Presiden Peru berdepan penghujung sengit hari ini ketika keputusan awal memberikan bekas pengurus bank Pedro Pablo Kuczynski mendahului ke atas saingannya, Keiko Fujimori, anak perempuan kepada bekas presiden yang telah dipenjarakan.

Kedua-dua calon berikrar akan menyatukan negara selepas tempoh ganas kepimpinan ayah Fujimori Alberto dalam tahun 1990an. Fujimori Alberto dipenjara kerana rasuah dan membunuh secara beramai-ramai pengganas-pengganas yang disyaki.

Kuczynski meraih 50.59 peratus undi berbanding 49.41 peratus yang diraih Fujimori, dengan hampir 52 peratus undi dihitung, menurut pejabat pilihan raya kebangsaan.

Kuczynski, lebih terkenal dengan parapnya, PPK, sebelumnya telah menggesa para penyokongnya menantikan keputusan rasmi penuh, tetapi yakin akan kemenangan.

Reaksi Pedro ketika meraikan keputusan awal daripada pilihan raya semalam di Lima. Pengundian Presiden Peru berdepan penghujung sengit semalam ketika keputusan awal memberikan bekas pengurus bank Pedro Pablo Kuczynski mendahului ke atas saingannya, Keiko Fujimori. – AFP
Reaksi Pedro ketika meraikan keputusan awal daripada pilihan raya semalam di Lima. Pengundian Presiden Peru berdepan penghujung sengit semalam ketika keputusan awal memberikan bekas pengurus bank Pedro Pablo Kuczynski mendahului ke atas saingannya, Keiko Fujimori. – AFP

“Kami berharap untuk mempunyai kerajaan sepersetujuan. Tidak ada lagi pertikaian dan konfrontasi,” katanya, sambil melambai-lambai di anjung. “Ole, Ole, PPK!” teriak orang ramai.

Fujimori juga menggesa para penyokongnya supaya bersabar bagi apa yang nampaknya proses penghitungan undi yang panjang. “Kami akan menanti dengan berhati-hati kerana keputusan akan tiba sepanjang malam dari rantau-rantau, dari luar negara, dan pengundian luar bandar dari Peru. Bagi alasan itu kami yakin,” ujarnya.

“Kita telah menyaksikan ketahanan demokrasi Peru dan itu membuatkan saya merasa bangga.” – AFP