Pedro janji ledak di Euro

Pedro janji ledak di Euro

MADRID, 31 Mei – Penyerang Chelsea Pedro menanam impian menjaringkan lebih banyak gol di pentas antarabangsa selepas mencetak gol ke-17 untuk Sepanyol dalam pertemuan persahabatan menentang Bosnia-Herzegovina.

Pemain berusia 28 tahun itu menggalas tugas sebagai kapten ketika negaranya itu mencatat kemenangan 3-1 dan menyasarkan perkara sama dalam perlawanan akan datang berdepan Korea Selatan, esok.

Pedro memberitahu kepada pemberita: “Menjadi kapten dan menjaringkan gol sangat istimewa, ia sukar untuk mengenang keadaan seperti ini. Ia sangat menarik, tetapi saya melihat untuk menjaringkan banyak gol lagi.”

Sepanyol, juara bertahan kejuaraan Eropah, sedang meningkatkan persiapan untuk mempertahankan gelaran di Perancis musim panas ini dan mengalu-alukan kehadiran Pedro, semalam.

Sudah tentu skuad La Roja mengharapkan satu kempen yang lebih baik berbanding usaha mempertahankan gelaran Piala Dunia 2014 di Brazil yang berakhir di peringkat kumpulan.

Pedro menanam impian menjaringkan lebih banyak gol di pentas antarabangsa selepas mencetak gol ke-17 untuk Sepanyol dalam pertemuan persahabatan menentang Bosnia-Herzegovina. - AFP
Pedro menanam impian menjaringkan lebih banyak gol di pentas antarabangsa selepas mencetak gol ke-17 untuk Sepanyol dalam pertemuan persahabatan menentang Bosnia-Herzegovina. – AFP

Pedro, yang berpindah ke Chelsea dari Barcelona musim lalu dengan yuran perpindahan STG19 juta, bergelut mencapai prestasi terbaik dalam musim pertamanya di England.

Dia sekadar menjaringkan lapan gol sepanjang 38 penampilan dalam semua pertandingan.

Sementara itu, kemungkinan besar Sepanyol akan menyenaraikan pertahanan kanan Arsenal Hector Bellerin ke Euro 2016 bagi menggantikan bintang Real Madrid Dani Carvajal yang dihimpit kecederaan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara. – Agensi