Pedro nafi tak suka Van Gaal

Pedro nafi tak suka Van Gaal

LONDON, 4 Sept (Reuters) – Pemain baharu Chelsea, Pedro, menolak sebarang dakwaan kononnya dia enggan berpindah ke Manchester United kerana tidak suka bermain di bawah bimbingan Louis van Gaal di Old Trafford.

Bekas penyerang bahagian sayap Barcelona itu sebaliknya berkata, dia memilih ke Stamford Bridge kerana pasukan itu lebih tegas berbanding United ketika hendak membelinya, selain pengaruh kehidupan di London.

Namun dalam masa sama, Pedro turut mengakui dia tidak suka dengan cara Van Gaal melayan bekas rakan sepasukannya, Victor valdes yang dilaporkan terpaksa berlatih sendiri dan tidak diberikan sebarang nombor jersi selepas didakwa enggang bermain dengan skuad Bawah 21.

Pedro menafikan tidak menyukai Van Gaal punca beliau menyertai Chelsea. – Reuters
Pedro menafikan tidak menyukai Van Gaal punca beliau menyertai Chelsea. – Reuters

“Memang benar, saya tak suka cara layanan rakan sepasukan, khususnya Victor yang sentiasa menjadi rujukan kepada rakan sepasukan dan profesional,” kata pemain berusia 28 tahun itu kepada akhbar Sepanyol, Marca.

“Saya tidak percaya ia adil, tapi ia tidak mempengaruhi keputusan saya. Saya melihat Manchester tidak mahu berusaha dan mengambil masa agak lama. Chelsea pula sebaliknya lebih tegas dalam hal ini.

“Saya ada mengadakan perbualan penting dengan Jose Mourinho dan dia berkata banyak perkara yang saya gemar mendengarnya. Ia digabung dengan keinginan untuk menetap di London, yang mendorong saya membuat keputusan ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA