Pedro presiden baru Peru

Pedro presiden baru Peru

LIMA, 13 Jun (Xinhua) – Pedro Pablo Kuczynski telah disahkan Presiden Peru yang baru dilantik selepas menang tipis ke atas Keiko Fujimori dalam pilihan raya. Beliau dijangka memegang jawatannya pada 28 Julai untuk menggantikan Presiden Ollanta Humala bagi satu mandat yang berakhir pada 2021.

Kuczynski, 77 tahun, adalah ahli ekonomi terkenal, yang pernah belajar di Universiti Oxford di Britain dan Universiti Priceton di AS.

Sebagai ketua parti Rakyat Peru Bagi Perubahan (PPK), beliau memasuki pusingan kedua pilihan raya presiden 2016 selepas berada di tempat kedua dalam pusingan pertama apabila saingannya Keiko Fujimori mendahuluinya.

Anak kepada penghijrah, Kuczynski adalah anak kepada seorang doktor Yahudi dari Jerman. Ibunya adalah seorang guru berketurunan Perancis-Swiss.

Kuczynski telah disahkan menjadi Presiden Peru selepas menang tipis ke atas Keiko Fujimori dalam pilihan raya itu. Kuczynski, 77 tahun, adalah ahli ekonomi terkenal, yang pernah belajar di Universiti Oxford di Britain dan Universiti Priceton di AS. – AFP
Kuczynski telah disahkan menjadi Presiden Peru selepas menang tipis ke atas Keiko Fujimori dalam pilihan raya itu. Kuczynski, 77 tahun, adalah ahli ekonomi terkenal, yang pernah belajar di Universiti Oxford di Britain dan Universiti Priceton di AS. – AFP

Ketika kempen presiden, Kuczynski menyebutkan tentang pengalaman politiknya yang begitu banyak. Karier politiknya bermula seawal-awalnya tahun 1966 dengan menjadi penasihat kepada presiden ketika itu, Fernando Belaunde Terry, sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar Bank Central Reserve Peru.

Kuczynski terpaksa lari meninggalkan Peru dalam tahun 1968 selepas rampasan kuasa tentera di negara Amerika Selatan itu.

Setelah tinggal bertahun-tahun di AS dan karier panjangnya dalam perniagaan dan kewangan, termasuklah beker-ja sebagai ketua ahli ekonomi bagi Perbadanan Kewangan Antarabangs, divisyen kewangan Bank Dunia, Kuczynski pulang ke Peru dalam tahun 1980 dan menjadi menteri tenaga dan lombong dalam kerajaan kedua Belaunde, dan membawa kepada pembukaan sektor perlombongan dan minyak Peru.

ARTIKEL YANG SAMA