Pedrosa juara Moto GP Itali

Pedrosa juara Moto GP Itali

MISANO ADRIATICO, ITALI, 11 Sept – Pelumba motosikal Honda, Dani Pedrosa merakam kemenangan menakjubkan pada Grand Prix (GP) San Marino selepas memintas Valentino Rossi sekali gus mengecewakan hasrat pelumba Itali itu bagi meraih kemenangan di tanah air sendiri.

Dalam perlumbaan itu, Pedrosa bermula di petak kelapan, ketinggalan di belakang juara bertahan, Jorge Lorenzo manakala Rossi di petak kedua di hadapan Maverick Vinales.

Namun pelumba Sepanyol itu mempamerkan tunggangan sempurna untuk memintas satu demi satu pelumba ketika Rossi mendahului perlumbaan sebelum dipintas Pedrosa ketika berbaki 12 pusingan.

Rossi yang kecewa menamatkan perlumbaan di tempat kedua, sementara Lorenzo di tempat ketiga.

Marc Marquez yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat kekal mendahului carta keseluruhan dengan 223 mata. Rossi yang memungut 180 mata berada di tangga kedua sementara Lorenzo dengan 162 mata. – AFP

Dani Pedrosa yang memenangi Moto GP Itali 2016. – AFP
Dani Pedrosa yang memenangi Moto GP Itali 2016. – AFP