Pedrosa menang MotoGP Jepun

Pedrosa menang MotoGP Jepun

MOTEGI, Jepun, 11 Okt – Pelumba Sepanyol Dani Pedrosa hari ini meraih kemenangan Grand Prix ke-50 sepanjang kariernya yang bermula dalam kelas 125cc pada 2001, dengan mencatatkan kejayaan dalam MotoGP Jepun manakala pemenang kedua Valentino Rossi melanjutkan terajunya dalam kedudukan kejohanan.

Pedrosa, yang hampir bersara dari sukan itu awal tahun ini kerana masalah bahunya yang memerlukan pembedahan, menggenggam peneraju lapan pusingan di litar Twin Ring yang basah di Montegi.

Rossi membuat penyudah di tempat kedua sementara rakan pasukan Yamahanya dan pesaing kejohanan Jorge Lorenzo menduduki tempat ketiga selepas menerajui perlumbaan sejak awal sehinggalah berdepan masalah dengan tayar motosikalnya.

“Jika tidak kerana masalah trek saya mampu menjuarai perlumbaan hari ini,” kata Lorenzo dari Sepanyol.

“Sekarang ada hanya satu sasaran iaitu untuk memenangi tiga perlumbaan. Kita lihat sama ada kami dapat melakukannya.”

Rossi kini mendahului Lorenzo dengan 18 mata dalam kedudukan dengan maksimum 75 masih ada dari baki tiga pusingan, di Australia, Malaysia dan Valencia.

“Ia perlumbaan yang amat panjang. Ia amat mudah untuk melakukan kesilapan,” kata pelumba warga Itali itu.

“Pada masa ini saya perlu meraih mata. Apabila ia kering adalah susah untuk mengawal motosikal dan saya lihat Jorge jadi perlahan. Ia keputusan yang bagus bagi kejohanan.”

Pedrosa tidak pernah memenangi perlumbaan MotoGP sejak Grand Prix Czech pada Ogos 2014 dan terlepas tuga dari empat perlumbaan pertama musim ini akibat kecederaan bahu. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA