Pegawai Arab Saudi rogol pembantu rumah disiasat

Pegawai Arab Saudi rogol pembantu rumah disiasat

NEW DELHI, 9 Sept- Polis India sedang menyiasat dakwaan bahawa pegawai kedutaan Arab Saudi berulang kali memperkosa dua pembantu rumah warga Nepal di kediamannya berhampiran ibu negara, New Delhi, jika ia akan mencetuskan semula perdebatan mengenai imuniti yang diberikan kepada diplomat.

Kedua-dua wanita tersebut, berusia 30 dan 50 tahun, memberitahu polis mereka diperkosa, disakiti, kelaparan dan dijadikan tebusan beberapa bulan selepas meninggalkan Nepal untuk bertugas dengan pegawai itu.

Polis berkata ujian perubatan mengesahkan wanita tersebut diperkosa.

Panggilan berulang kali ke kedutaan Arab Saudi di New Delhi tidak dibalas.

Pesuruhjaya polis, Navdeep Singh Virk berkata dia telah menulis kepada kementerian luar India dan kedutaan Arab Saudi bertanya jika lelaki tersebut memiliki imuniti diplomatik.

Jurucakap bagi kementerian luar India berkata ia meminta laporan dari polis dan akan menentukan mengenai keputusan yang akan diambil selepas mengkaji maklumat itu.

Polis tidak segera menahan diplomat itu kerana di bawah Konvenseyen Vienna bagi Hubungan Diplomatik, mereka menikmati imuniti dari ditahan, pendakwaan jenayah dan tuntutan undang –undang sivil di negara –negara di mana mereka ditempatkan.

Mangsa–mangsa memberitahu rangkaian televisyen Times Now, mereka meninggalkan Nepal untuk bertugas di rumah pegawai kedutaan di Arab Saudi dan mereka tidak pernah diseksa di sana. Keganasan hanya bermula apabila mereka tiba di India beberapa bulan lalu, kata mereka.

“Mereka akan memukul kami setiap malam dan kerap terdapat lebih dari seorang lelaki yang akan menyeksa dan memperkosa kami,” kata salah seorang wanita. “Kami ada parut di seluruh badan kami.”

Kerajaan mungkin menekan kerajaan asing untuk menamatkan imuniti jika terdapat kes jenayah serius dilakukan. “Jika mereka enggan jadi satu-satunya pilihan yang ada, adalah untuk menghalau mereka keluar,” kata G. Parthasarathy, seorang diplomat veteran India. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA