Pegawai AS lawat pengangkut pesawat udara China

Pegawai AS lawat pengangkut pesawat udara China

BEIJING, 21 Okt – Satu delegasi tentera laut Amerika Syarikat (AS) telah meronda-ronda pengangkut pesawat udara tunggal Liaoning, Beijing, lapor media China hari ini, ketika pergeseran semakin meningkat antara dua kuasa berhubung tuntutan wilayah di Laut China Selatan.

Washington telah mengatakan ia mungkin melayarkan kapal perang berhampiran pulau tiruan Beijing di kawasan itu, mencabar tuntutan China ke atas rantau tempat laluan satu pertiga perkapalan minyak global.

AS telah mencabar kenyataan tegas China yang pemasangan itu adalah terutamanya bagi penggunaan awam, mengatakan yang mereka memberi ancaman kepada kebebasan navigasi dan menggesa gergasi Asia untuk membina kepercayaan menerusi ketelusan tentera yang bertambah.

Lawatan daripada 27 kapten AS ke kapal perang terbesar China hanya satu langkah, menurut editorial hari ini dalam Global Times, sebuah akhbar bergabung dengan pemerintah Parti Komunis China.

Kunjungan itu ‘adalah satu langkah baik yang mempamerkan kejujuran China dalam pertukaran tentera bersama AS dan keyakinan tentera AS,” katanya, namun menambah yang Beijing seharusnya mengurangkan kesamaran dalam ‘rentaknya sendiri’.

Para peserta membincangkan isu-isu dari latihan kakitangan hingga ke ‘strategi perkembangan pengangkutan pesawat udara’ dan menyertai rakan-rakan mereka bagi bankuet atas kapal, menurut laporan dalam China Military Online, satu laman web yang bergabung dengan Tentera Pembebasan Rakyat. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA