Pegawai AS persoal tujuan China di Laut China Selatan

Pegawai AS persoal tujuan China di Laut China Selatan

HANOI, Vietnam, 21 April – Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken hari ini mempersoalkan tujuan China dalam projek penebusgunaan tanah di Laut China Selatan semasa satu lawatan ke Vietnam.

“AS dan Vietnam berkongsi kepentingan dalam mengekalkan perdamaian dan kestabilan di rantau itu. Begitu juga China. Namun projek penebusgunaan tanah secara besar-besaran di Laut China Selatan dan meningkatkan petenteraan di kota kara itu telah memarakkan ketegangan serantau dan membangkitkan soal penting tentang tujuan China,” kata Blinken semasa ucapan kepada ratusan pelajar di Universiti Kebangsaan Vietnam di Hanoi.

China menuntut Laut China Selatan keseluruhannya, sebuah kawasan perairan yang dipercayai kaya minyak dan gas dan salah satu laluan maritim paling sibuk di dunia. Tuntutan wilayah itu juga dipertikaikan oleh negara-negara lain di rantau itu, termasuk Vietnam dan Filipina.

“AS akan mempertahankan kepentingan negara kami dan menyokong sekutu-sekutu kami dan rakan-rakan di rantau itu. Kami tidak melihat pada pangkalan, namun kami akan terus berlayar, terbang, beroperasi di mana-mana yang undang-undang antarabangsa benarkan,” ujarnya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA