Pegawai baru JIPK lawat Unit Keadilan Jenayah

Pegawai baru JIPK lawat Unit Keadilan Jenayah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Unit Keadilan Jenayah di Pejabat Peguam Negara, hari ini, menerima lawatan daripada rombongan pegawai baru Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK).

Kehadiran rombongan berkenaan dialu-alukan oleh Timbalan Ketua unit tersebut, Hajah Hanifa binti Haji Abdul Ghani yang antara lain berkata, sebagai penguat kuasa undang-undang, mereka mempunyai tanggungjawab yang harus dipikul di mana mereka perlu memastikan keselamatan negara ini.

Rombongan pegawai turut mendengarkan taklimat mengenai pengenalan Kanun Tatacara Jenayah, Penggal 7; Akta Imigresen; Akta Pasport; Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Orang 2004 dan Perintah Pemulihan Aset Jenayah 2012.

Gambar ramai pegawai-pegawai baru JIPK ketika membuat lawatan ke Unit Keadilan Jenayah di Pejabat Peguam Negara.
Gambar ramai pegawai-pegawai baru JIPK ketika membuat lawatan ke Unit Keadilan Jenayah di Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA