Pegawai China ditahan berikutan kematian petani

Pegawai China ditahan berikutan kematian petani

BEIJING, 18 Sept (AFP) – Pegawai China telah ditahan selepas seorang petani yang diusir dari rumahnya dibakar hingga mati, lapor media negeri, ekoran kemarahan mengenai dakwaan pihak berkuasa tempatan mengatakan dia membakar dirinya.

Zhang Jimin, bapa kepada dua anak dan berusia 46 tahun, meninggal dunia tatkala pihak berkuasa tempatan berusaha merobohkan rumah penduduk kampung di daerah Pingyi, di timur wilayah Shandong.

Tanah tersebut dijangka digunakan untuk pembangunan perumahan namun Zhang enggan berpindah sebahagiannya disebabkan beliau tidak mampu membeli sebuah pangsapuri, kata Beijing News.

Pihak berkuasa sedang menawarkan pampasan sebanyak 60 yuan untuk setiap meter persegi tanah, sementara pangsapuri dijual dengan harga 1,100 yuan untuk setiap meter persegi ruang lantai.

Berpuluh oemuda mengepung rumah Zhang pada Isnin dan mulai melontar jubin, bata dan “botol cecair kuning” ked ala rumah smeentara seorang penggali mekanikal cuba merobohkan dinding, kata laporan memetik saksi.

Rumah tersebut terbakar dan kebakaran berlaku kurang daripada sejam, katanya.

“Mayat Zhang mengerekot dan menyusut kepada saiz sebesar beg. Anda tidak dapat mengecam bahawa ia adalah mayat manusia,” Kong Qingzhen, seorang penduduk kampung, dipetik sebagai berkata.

Kerajaan daerah pertama berjanji akan “menjatuhi hukuman berat” ke atas sesiapa yang “menyebar khabar angin” mengenai kematian itu, seterusnya berkata pada Rabu bahawa Zhang telah membakar dirinya hingga mati dan “perbuatan membakar oleh orang lain telah diketepikan,” berdasarkan sebab-sebab beliau telah membeli petrol pada hari sebelumnya.

Komennya mencetuskan kemarahan daripada pengguna Internet dan media yang dikawal oleh kerajaan China. Pada Mac, sebuah mahkamah China menjatuhi hukuman mati ke atas seorang lelaki kerana membakar seorang petani hingga mati dan mencedera tiga orang lain dalam pertengkaran tanah pada tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA