Pegawai Israel dalam lawatan pertama ke Chad

Pegawai Israel dalam lawatan pertama ke Chad

BAITULMUQADDIS, 22 Julai – Seorang pegawai tertinggi Israel telah berkunjung ke Chad awal bulan ini bagi run-dingan untuk memperkukuhkan hubungan, lawatan pertama seumpamanya sejak hubungan itu terputus pada 1972, kata kementerian luar negeri hari ini.

Pengarah kementerian luar negeri, Dore Gold bertemu Presiden Idriss Deby di istananya di utara Chad pada 14 Julai, ketika Israel sedang menekan kempen untuk meningkatkan hubungan dengan Afrika, kata kementerian.

Pengumuman itu muncul dua hari selepas Israel memperbaharui hubungan diplomatik dengan Guinea selepas 49 tahun putus dan rapat ekoran jelajah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke empat negara Afrika.

Gold berbincang dengan Deby ‘hal-ehwal kepentingan bersama’ dan ‘memperkukuhkan hubungan dua hala, namun tidak bersetuju pada jadual waktu pembaharuan semula penuh hubungan, kata jurucakap kementerian luar negeri, Emmanuel Nahshon.

Nahshon mengesahkan ia adalah mesyuarat peringkat tertinggi pertama sejak 1972, apabila Chad memutuskan hubungan dengan Israel.

Hubungan antara Afrika dan Israel telah tegang selama beberapa tahun.

Pada 1960-an, konflik Arab-Israel telah menimbulkan bantahan antara negara-negara Afrika, kebanyakannya melibatkan pergelutan pembebasan, dan negeri Yahudi.

Netanyahu telah membuat kunjungan ‘bersejarah’ ke empat negara Afrika sub-sahara bermula 4-7 Julai, lawatan seumpamanya daripada seorang perdana menteri Israel selama berdekad-dekad.

Selepas pengumuman pada Rabu yang Israel dan Guinea sedang memulihkan semula hubungan, Netanyahu berkata dia menjangkakan negara Afrika lain akan menyambung semula hubungan rasmi ‘beberapa hari terdekat ini’.

“Israel sudah lama menantikan dasar dialog dan hubungan rapat beberapa tahun lalu dengan benua Afrika,” Nahshon memberitahu AFP.

“Kami percaya ia adalah mesej bagi seluruh benua,” katanya. – AFP