Pegawai kanan AS, China bincang keselamatan siber

Pegawai kanan AS, China bincang keselamatan siber

WASHINGTON, 13 Sept (AFP) – Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) dan China bertemu untuk membincangkan mengenai keselamatan siber dan isu-isu lain menjelang lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Washington dalam bulan ini, menurut Rumah Putih semalam.

Keselamatan siber merupakan isu hangat antara dua kuasa tersebut, dan China sudah lama dipersalahkan atas serangan siber ke atas kepentingan komersial AS dan rekod kakitangan kerajaan yang sensitif.

Perbincangan itu termasuk ‘pertukaran pendapat terbuka dan telus tentang isu-isu siber’ antara Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice dan Meng Jianzhu, setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Perundangan dan Politik Tengah bagi Parti Komunis, menurut Rumah Putih.

Meng juga bertemu dengan Pengarah FBI, James Comey dan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Jeh Johnson yang mengadakan sidang pertemuan antara delegasi dan perwakilan China dari FBI, masyarakat perisikan dan Jabatan Negara, Perbendaharaan dan Keadilan.

Kata putus selama empat hari mesyuarat itu telah diselesaikan semalam, muncul selepas Presiden Barack Obama memberi amaran yang serangan siber dari China itu ‘tidak dapat diterima’.