Pegawai kanan Uighur maut dalam operasi

Pegawai kanan Uighur maut dalam operasi

BEIJING, 13 Dis (Reuters) – Seorang pegawai kanan keselamatan etnik Uighur terbunuh dalam serbuan polis ke atas “sarang pengganas”, lapor media rasmi China, sambil memberikan maklumat mengenai operasi yang tidak diumumkan di wilayah barat Xinjiang yang sedang berkecamuk.

Beratus-ratus orang terbunuh sejak beberapa tahun lepas di wilayah itu yang menjadi tempat tinggal kaum etnik Islam Uighur dalam keganasan yang dipersalahkan oleh kerajaan ke atas kumpulan militan Islam yang berusaha mendapatkan sebuah negara merdeka dipanggil Turkestan Timur.

Akhbar rasmi People’s Daily, dalam laporannya lewat semalam menamakan pegawai yang maut sebagai Maimaitijiang Tuohuniyazi, timbalan ketua keselamatan awam di Aksu, bahagian besar barat Xinjiang yang bersempadankan Kyrgyzstan.

Ia berkata ketua keselamatan domestik Meng Jianzhu, yang pada masa ini berada di Urumqi, ibu negeri Xinjiang, menyampaikan ucapan takziah kepada balu Tuohuniyazi, dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang berani dan tidak mementingkan diri sendiri.

Anggota keluarga dan kenalan pegawai kanan keselamatan dari etnik Uighur, Maimaitijiang Tuohuniyazi, meratapi kematiannya ketika menyertai operasi ke atas sarang pengganas. – Agensi
Anggota keluarga dan kenalan pegawai kanan keselamatan dari etnik Uighur, Maimaitijiang Tuohuniyazi, meratapi kematiannya ketika menyertai operasi ke atas sarang pengganas. – Agensi

“Demi menyelamatkan seorang penggembala yang diculik pengganas, beliau sanggup kehilangan jiwa demi menyelamatkan mangsa,” kata akhbar itu, tanpa memberikan serangan maklumat lanjut.

Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk lima pegawai polis terbunuh dalam serangan ke atas lombong arang batu dan bangunan-bangunannya di Aksu pada September. Pasukan keselamatan China kemudian berkata mereka menembak mati 28 “pengganas” yang terbabit dalam serangan itu.

Akhbar pula berkata Meng mengambil bahagian dalam majlis penganugerahan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam usaha mengesan kumpulan penyerang lombong arang batu.

Perang China ke atas keganasan di Xinjiang terjejas akibat perisikan yang kurang memuaskan di sebahagian negara itu di mana tidak ramai pegawai memahami bahasa Uighur atau Islam dan kerajaan berdepan masalah untuk merekrut tenaga kerja di kalangan etnik Uighur, kata para diplomat dan pakar.

ARTIKEL YANG SAMA