Pegawai kastam dipenjara 30 bulan

Pegawai kastam dipenjara 30 bulan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Feb – Seorang bekas pegawai kastam di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei dijatuhi penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret bermula hari ini, atas pertuduhan rasuah.

Aieni binti Abdullah disabit bersalah selepas perbicaraan atas tuduhan secara tidak jujur menerima suapan sebanyak sembilan kali daripada seorang lelaki tempatan dalam bentuk potongan berjumlah $200.

Wang suapan itu merupakan dorongan atau ganjaran untuk tidak mengambil tindakan terhadap lelaki itu kerana melakukan kesalahan berkaitan dengan penyeludupan rokok yang merupakan satu kesalahan di bawah Perintah Kastam 2006.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di kawasan Pos Kawalan Sungai Tujoh antara 11 Februari hingga 23 April 2011.

pg06_160212_mahkamah logo

“Perbuatan tertuduh telah mencemarkan nama baik Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei dan hukuman penjara adalah sesuai untuk mengingatkan orang lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama.

“Kamu tidak perlu diingatkan mengenai tugas yang diamanahkan atas kamu,” tegas Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin.

Majistret Kanan turut menjatuhi denda $1,800 ke atas tertuduh iaitu jumlah wang suapan sama yang telah diterima tertuduh dahulu.

Majistret Kanan memberi tempoh sebulan untuk tertuduh membayar denda itu, dan jika gagal akan berdepan tambahan dua bulan penjara.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Emily Goh.

ARTIKEL YANG SAMA