Pegawai konsu...

Pegawai konsulat AS cedera ditembak di Mexico

MEXICO CITY, 8 Jan – Seorang pegawai dari pejabat Konsulat Amerika Syarikat cedera ditembak seorang penyerang bersenjata di bandar Guadalajara, Jumaat lalu, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

Serangan itu berlaku ketika pegawai berkenaan sedang menunggu dalam keretanya yang diletakkan di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah.

Seorang penyerang bersenjata dipercayai muncul secara tiba tiba dan melepaskan beberapa tembakan ke arah pegawai terbabit sebelum melarikan diri.

Pegawai itu bagaimanapun dilaporkan stabil. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menawarkan ganjaran berjumlah ASD20,000 kepada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai suspek. – AFP