Pegawai masji...

Pegawai masjid sertai kursus fikah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 11 Jan – Bagi meningkatkan pengetahuan dan kualiti pegawai-pegawai masjid, Bahagian Unit Latihan dan Bimbingan, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong menganjurkan Kursus Fiqh.

Kuliah kursus yang diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah Pekan Tutong itu telah bermula hari ini dan akan berlangsung selama empat minggu hingga Mac depan.

Disertai oleh seramai 40 orang pegawai masjid Daerah Tutong, kursus berkenaan antara lain bertujuan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan pegawai-pegawai hal ehwal masjid sebagai Imam Mualim.

Menurut Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohamad, kuliah ini merupakan kuliah intensif bagi memberikan ilmu-ilmu yang disasarkan kepada imam-imam dan bilal di daerah ini.

Tenaga pengajar bagi menjalankan kuliah tersebut ialah Haji Abdul Rahman bin Malik dan Haji Sahri bin Haji Sulaiman.

Semasa Kuliah Kursus Fiqh dijalankan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, kelmarin.
Semasa Kuliah Kursus Fiqh dijalankan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA