Pegawai mengaku bersalah mencuri

Pegawai mengaku bersalah mencuri

Ole Rafidah Jumat

 

pg06_160906_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Seorang pegawai kanan kerajaan yang berdepan tuduhan mencuri dan memalsukan dua keping cek kosong yang sudah ditandatangani mengubah pengakuan tidak bersalah kepada ‘bersalah’ di Mahkamah Tinggi, hari ini. Amirrudin bin Haji Junaidi mengaku bersalah atas lima pertuduhan itu di hadapan Hakim James Findlay.

Tertuduh didakwa mencuri dua keping cek kosong dari kediaman mangsa pada 25 Februari 2015.

Amirrudin turut menghadapi pertuduhan memalsukan dua keping cek kosong milik mangsa dengan menulis namanya sebagai penerima, masing-masing pada jumlah $60,000 dan $40,000.

Dia juga berdepan dakwaan menggunakan cek itu pada dua tarikh berlainan iaitu pada 26 Februari 2015 dan 10 Mac 2015.

Hakim menetapkan 8 September untuk sebutan kes bagi memberi peluang untuk tertuduh menyediakan rayuannya sebelum memutuskan hukuman.

ARTIKEL YANG SAMA