Pegawai naik pangkat dirai

Pegawai naik pangkat dirai

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Seorang pegawai pangkat rendah dari Jabatan Penjara diraikan dalam majlis kenaikan pangkat di Dewan Bukit Pantai, Penjara Jerudong baru-baru ini.

Wadar 549 Mohd Uzaini bin Haji Suhaili yang dinaikkan pangkat ke Pegawai Penjara Percubaan pada 1 Oktober 2013 diraikan dalam Majlis Memasang Tanda Pangkat itu. Hadir menyempurnakan pemasangan tanda pangkat ialah Pemangku Pengarah Jabatan Penjara Haji Ismail bin Haji Murat.

Kenaikan pangkat itu merupakan salah satu matlamat Jabatan Penjara dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan semangat waja pegawai ke arah pengurusan dan peluang kerjaya yang lebih menyerlah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Penjara, Poh Eng Hua, Penolong Penguasa Penjara Haji Saini bin Haji Maidin, komandan pusat latihan, ketua-ketua pengurusan, kakitangan Jabatan Penjara serta keluarga pegawai diraikan.

Gambar ramai pegawai dirai (tiga dari kiri) bersama keluarga dan pegawai kanan penjara.
Gambar ramai pegawai dirai (tiga dari kiri) bersama keluarga dan pegawai kanan penjara.