Pegawai pangkalan data disiasat

Pegawai pangkalan data disiasat

KARACHI, 21 Ogos (AFP) – Pihak berkuasa Pakistan menyiasat pegawai di pangkalan data pengenalan diri kebangsaan kerana didakwa mengeluarkan kad pengenalan kepada militan, termasuk yang dikaitkan dengan al-Qaeda, dengan rasuah serendah 10,000 rupee.

Dokumen rasmi menunjukkan agensi risikan utama negara itu, ISI mendedahkan amalan itu di Pihak Berkuasa Pangkalan Data dan Pendaftaran Kebangsaan (NADRA) ketika operasi antikeganasan.

“Ramai pegawai NADRA terbabit memudahkan orang jahat dan pengganas mendapatkan identiti palsu,” kata dokumen itu.

Pemimpin kanan al-Qaeda, Adnan El Shukrijumah, yang dikehendaki Amerika Syarikat (AS) berhubung perancangan pada 2009 untuk menyerang sistem kereta api bawah tanah di New York antara yang mendapat kad pengenalan Pakistan dengan merasuah pegawai di NADRA, kata dokumen berkenaan.

Adnan yang dilahirkan di Arab Saudi dan tinggal di AS terbunuh dalam operasi tentera Pakistan di Waziristan Selatan berhampiran Afghanistan pada Disember 2014.

Dia digambarkan FBI sebagai antara pemimpin program luaran al-Qaeda’ dengan ganjaran AS$5 juta (RM21 juta) ditawarkan untuk maklumat yang membolehkan dia ditangkap.

Selain itu, siasatan ISI mendapati tiga rakyat Uzbekistan yang ditahan di Qatar kerana merompak bank juga memiliki dokumen pengenalan diri Pakistan.

ARTIKEL YANG SAMA