Pegawai perisik Seoul bunuh diri

Pegawai perisik Seoul bunuh diri

SEOUL, 19 Julai – Seorang pegawai perisik Korea Selatan ditemui mati dalam kejadian bunuh diri di tengah-tengah skandal politik yang meningkat berhubung program menggodam terselindung yang digunakan oleh agensi pengintipan negara, menurut polis hari ini.

Pegawai berusia 45 tahun daripada Perkhidmatan Perisik Negara (NIS) ditemui mati dalam keretanya semalam di jalan pergunungan di Yongin, kira-kira 40 kilometer dari selatan Seoul.

Polis berkata lelaki itu, dikenal pasti dengan nama keluarga Lim, jelasnya bunuh diri selepas meninggalkan wasiat tulisan tangan dalam keretanya yang membutirkan bagaimana NIS telah menggunakan program menggodam kontroversi.

Pegawai kerajaan dan NIS telah mengaku membeli program tersebut daripada sebuah syarikat Itali tetapi berkata ia hanya digunakan untuk merangsang keupayaan perang siber Seoul ke atas Pyongyang dan bukannya untuk mana-mana pengawasan domestik.

Bagaimanapun, penggubal undang-undang pembangkang berkata NIS telah menggunakan program itu untuk mengintip warga Korea Selatan.

Lee Chul-Woo, penggubal undang-undang parti pemerintah yang mengetuai jawatankuasa risikan parlimen, berkata Lim telah membeli dan mengendali program menggodam itu, yang membenarkan pengguna menjejaki telefon pintar dan komputer dengan memasang perisian mengintip.

Dalam satu salinan wasiat yang dikeluarkan oleh polis, Lim menegaskan NIS tidak mengintip warga Korea Selatan dan meminta maaf kerana mengeluarkan fail yang berkaitan dengan program berkenaan.

“Tidak adanya pengawasan orang di dalam negara,” kata beliau.

“Saya memotong maklumat yang menimbulkan salah faham mengenai operasi memerangi keganasan dan operasi rahsia mengenai Korea Utara. Ia adalah kesilapan saya. Namun tidak adanya apa-apa yang dirisaukan mengenai tindakan saya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA