Pegawai polis AS didakwa atas kematian Philando Castile

Pegawai polis AS didakwa atas kematian Philando Castile

CHICAGO, 17 Nov – Seorang pegawai polis Minnesota yang menembak warga Afrika Amerika, Philando Castile berusia 32 tahun, dalam satu insiden diperolehi dalam satu rakaman video yang mengejutkan negara itu, telah didakwa semalam dengan kesalahan pembunuhan.

Pegawai Jeronimo Yanez juga didakwa dengan dua tuduhan feloni kerana melepaskan tembakan senjata berbahaya dengan sengaja, dan juga membahayakan keselamatan teman wanita Castile, Diamond Reynolds dan anak perempuannya berusia empat tahun. Kedua-dua mereka berada di dalam kereta apabila pegawai itu menembak Castile semasa diarah untuk berhenti di jalan raya.

Kejadian tembakan pada 6 Julai itu sebahagiannya telah dirakamkan melalui video yang dirakam oleh Reynolds dan disiarkan di Facebook Live, mencetuskan protes di seluruh Amerika Syarikat. Castile dilihat mengalami pendarahan dan mati di tempat duduk pemandu.

Gambar fail 8 Januari 2013 yang disediakan oleh Christian Dobratz menunjukkan Anthony Jeronimo Yanez di luar dewan bandar majlis di St Anthony, Minnesota. - AP
Gambar fail 8 Januari 2013 yang disediakan oleh Christian Dobratz menunjukkan Anthony Jeronimo Yanez di luar dewan bandar majlis di St Anthony, Minnesota. – AP

Kata-kata terakhir beliau, yang didedahkan pihak berkuasa semalam, adalah “saya bukan untuk mengambilnya” – merujuk kepada senjata yang mana beliau telah memberitahu pegawai itu bahawa dia membawa senjata tersebut secara sah berserta dengan permit.

“Berdasarkan kajian yang teliti dan menyeluruh kami dalam fakta kes ini, saya simpulkan bahawa kekerasan maut oleh Pegawai Yanez itu tidak dibenarkan, dan fakta-fakta yang ada ini mencukupi untuk membuktikan ia adalah benar,” kata John Choi, pendakwa kes di Ramsey County Attorney. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA