Pegawai polis ditembak di kepala

Pegawai polis ditembak di kepala

NEW YORK, 3 Mei (AFP) – Seorang pegawai polis berpakaian preman cedera parah akibat satu tembakan di kepalanya di New York, menurut polis semalam.

Pegawai polis, Brian Moore yang berusia 25 tahun itu ditembak di kepalanya semasa berada di dalam keretanya di bandar itu, pesuruhjaya polis Bill Bratton berkata semasa sidang akhbar, menggambarkan ia sebagai satu kecederaan yang serius.

Pegawai itu telah menjalani pembedahan selepas dimasukkan ke hospital.

Menurut Bratton, Moore dan pegawai lain yang berada di dalam kereta yang tidak bertanda apabila mereka menyaksikan seorang lelaki sedang membetulkan sesuatu di tali pinggangnya, yang mereka dekati.

Lelaki itu melepaskan tembakan serta-merta, kata Bratton, sementara dua pegawai lain masih berada di dalam kereta itu.

Dipercayai penembak itu telah ditangkap selepas sejam kemudian, menurut polis.

Ini adalah penembakan kelima ke atas seorang pegawai di New York dalam masa lima bulan.

Pada Disember, dua pegawai polis telah ditembak di dalam kereta mereka di New York oleh seorang lelaki yang kemudian membunuh dirinya sendiri.

Penembakan itu kelihatannya bermotifkan kemarahan berhubungan kematian seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata yang dibunuh oleh polis New York.

ARTIKEL YANG SAMA