Pegawai tertinggi Korea Utara maut

Pegawai tertinggi Korea Utara maut

SEOUL,30 Dis – Seorang pegawai tertinggi Korea Utara yang bertugas memastikan hubungan dan penyatuan dengan Korea Selatan, terbunuh dalam satu kemalangan tragik, lapor akhbar Pyongyang hari ini.

“Komrad Kim Yang-Gon (bawah), Setiausaha Parti Pekerja dan Jawatankuasa Pusat Biro Politik parti, maut dalam nahas jam 6:15 pagi semalam dalam usianya 73 tahun,” lapor agensi berita North Korean Central News Agency (KCNA).

Beliau disifatkan sebagai ‘pembantu pemimpin yang boleh dipercayai’ dan berkata pengebumian kenegaraan akan diadakan.

Seorang penganalisis Korea Selatan berkata, tidak ada bukti unsur jenayah dalam kematian beliau akan tetapi ia belum dapat dipastikan.- AFP

NKOREA-POLITICS-ACCIDENT-FILES