Pegawai Turki lari, dibicarakan di Greece

Pegawai Turki lari, dibicarakan di Greece

ALEXANDROUPOLI, Greece, 21 Julai – Lapan pegawai tentera Turki yang lari ke Greece selepas rampasan kuasa gagal minggu lalu, menjalani perbicaraan hari ini kerana masuk secara haram ke negara itu dalam satu kes yang mengancam untuk menjejaskan hubungan antara sekutu-sekutu NATO.

Kelapan-lapannya telah dibicarakan di bandar utara Alexandroupoli, di mana mereka tiba dengan menaiki helikopter tentera pada Sabtu selepas menghantar signal kecemasan kepada pihak berkuasa.

Mereka tiba dengan tangan digari di mahkamah dengan wajah mereka ditutup.

Mahkamah dijangka akan menyampaikan keputusannya lewat hari ini di bawah keselamatan undang-undang ketat. Jika disabit bersalah, mereka berdepan lima tahun penjara.

Menurut salah seorang peguam mereka, Ilia Marinaki, askar-askar itu – dua pemerintah, empat kapten dan dua sarjan – bimbang akan keselamatan mereka dan keluarga mereka selepas bidaan gagal untuk menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Untuk menyekat deportasi mereka ke Turki, mereka telah memohon perlindungan di Greece. – AFP