Peguam bela dipenjara 12 tahun di China

Peguam bela dipenjara 12 tahun di China

BEIJING, 22 Sept – Mahkamah China menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas seorang peguam bela, Xia Lin, menurut peguamnya hari ini, tindakan terbaru dalam satu tindakan meluas ke atas para pembela hak asasi kemanusiaan dan aktivis.

Xia paling dikenali dengan usahanya membela seorang artis Ai Weiwei dan rakan peguam hak asasi kemanusiaannya, Pu Zhiqiang, yang ditahan selepas seminar tertutup yang membincangkan tentang tindakan Tiananmen Square pada tahun 1989.

“Mahkamah telah menjatuhkan hukuman 12 tahun penjara ke atas Xia Lin bagi tuduhan penipuan,” peguamnya, Dong Xikui, memberitahu AFP.

Pihak polis menahan Xia pada November 2014 dan kemudian mendakwanya dengan penipuan mendapat 100 juta yuan untuk membayar hutang judi, menurut kenyataan pembelaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA