Peguam bela persoalkan ‘kecacatan’ penyiasatan

Peguam bela persoalkan ‘kecacatan’ penyiasatan

BANGKOK, 23 Dis (dpa) – Penyiasatan Thailand ke atas pembunuhan dua warga British yang sedang bercuti tahun lepas terdapat kecacatannya, menurut peguam bela tertuduh yang membabitkan dua pekerja penghijrah.

“Kami berdiri teguh dengan kenyataan awal yang kami buat sebelum keputusan,” kata Andy Hall, ketua Rangkaian Hak Pekerja Penghijrah yang menyediakan pasukan peguam bela tersebut hari ini, sebelum keputusan dibuat pada esok.

Perbicaraan bermula pada Julai di mahkamah wilayah Samui dan hari terakhir perbicaraan ialah pada 25 September.

Kumpulan hak asasi penghijrah dan peguam bela kedua-dua tertuduh mengulangi dakwaan bahawa polis menggunakan kekerasan untuk mendapatkan pengakuan dan para penyiasat pula mengganggu forensik DNA.

Dua pekerja penghijrah warga Myanmar dituduh merogol dan membunuh Hannah Witheridge dan membunuh David Miller di pulau peranginan Koh Tao di selatan Thailand pada September tahun lepas.

Kedua-dua suspek Zaw Lin dan Wai Phyo diberkas pada Oktober 2014 dan membuat pengakuan, tetapi menarik balik kenyataan mereka sambil berkata mereka diseksa untuk membuat pengakuan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA