Peguam mogok, 300,000 kes tertangguh

Peguam mogok, 300,000 kes tertangguh

ATHENS, 22 Mei (dpa) – Satu mogok berterusan oleh profesion undang-undang Greece terhadap langkah berjimat cermat kerajaan mengakibatkan 300,000 kes tertangguh, akhbar berpusat di Athens, Katherimi melaporkan hari ini.

Penangguhan itu boleh mengambil masa sehingga 10 tahun untuk diselesaikan, akhbar itu memetik Ketua Mahkamah Athens, Spyros Georgouleas sebagai berkata. “Saya tidak mahu memikirkannya,” katanya.

Mogok bukan hanya menjejaskan kes-kes sivil, malah kes-kes jenayah membabitkan jenayah kolar putih yang boleh memperbaiki kewangan negara. Satu kes seumpamanya sudah membekukan wang 70 juta euro dalam kes rasuah membabitkan seorang pengurus bagi syarikat Jerman, Siemens.

Peguam-peguam Greece kini dalam bulan kelima tindakan mogok disebabkan pemotongan kerajaan yang paling teruk menjejaskan mereka.

Kesatuan Peguam Athens mengatakan perubahan bermakna seorang peguam muda memperoleh 20,000 euro setahun perlu membayar 14,000 euro dalam sumbangan pencen, insurans kesihatan dan cukai.