Peguam Negara terima kunjungan duta Rusia

Peguam Negara terima kunjungan duta Rusia

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd Salleh hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Rusia ke Negara Brunei Darussalam, Vladlen Semivolos bertempat di Bangunan Undang-undang.

Semasa kunjungan hormat tersebut, mereka bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu undang-undang dan isu kepentingan bersama.

Vladlen Semivolos melahirkan rasa penghargaan kepada Yang Berhormat Datin khususnya atas peranan utama Pejabat Peguam Negara dalam meneliti perjanjian-perjanjian dan memorandum-memorandum persefahaman yang telah ditandatangani di antara kedua-dua negara.

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati ketika menerima kunjungan daripada Vladlen Semivolos.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati ketika menerima kunjungan daripada Vladlen Semivolos.

Beliau turut menyatakan harapan untuk melihat lebih banyak kerjasama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Rusia seperti bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan pendidikan. Kunjungan hormat tersebut berakhir dengan pertukaran cenderahati.

Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah Penggubal Undang-undang, Dayang Alice Khan binti Ahmad Khan, serta pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA