Peguam Negara terima kunjungan hormat

Peguam Negara terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam, Marina B. Laker bertempat di Bangunan Undang-undang hari ini.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Datin dan Marina B. Laker bertukar-tukar pandangan dalam beberapa perkara mengenai undang-undang.

Turut hadir semasa kunjungan tersebut adalah Peguamcara Negara, Dato Paduka Haji Mohd Juanda bin Haji A.Rasid serta pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati bersama Marina B. Laker.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati bersama Marina B. Laker.

ARTIKEL YANG SAMA