Peguam Negara terima kunjungan hormat

Peguam Negara terima kunjungan hormat

pg03_160818_c

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd Salleh (gambar) hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia, Todd Mercer di Bangunan Undang-Undang, di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-duanya bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dalam bidang undang-undang antara pegawai-pegawai dari Negara Brunei Darussalam dan Australia. Kunjungan hormat tersebut berakhir dengan pertukaran cenderahati.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Peguamcara Negara dan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Mohammad Juanda bin Haji Abdul Rashid serta pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.