Peguam Negara terima kunjungan hormat

Peguam Negara terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd Salleh, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Bahagian Sivil Mahkamah Rayuan, Martin James Moore-Bick dan Sub-Treasurer of the Honourable Society of the Inner Temple, Patrick Maddams di Bangunan Undang-Undang.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Yang Berhormat Datin dan Martin James Moore-Bick serta Patrick Maddams bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dari segi perundangan. Kunjungan hormat tersebut berakhir dengan pertukaran cenderahati.

Turut hadir dalam lawatan rasmi itu ialah Duta Besar British ke Brunei Darussalam, David Campbell, Dr. Colin Ong dari Dr. Colin Ong Legal Services serta pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati bergambar bersama Martin James Moore-Bick dan Patrick Maddams semasa kunjungan hormat di Bangunan Undang-Undang, kelmarin.
Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati bergambar bersama Martin James Moore-Bick dan Patrick Maddams semasa kunjungan hormat di Bangunan Undang-Undang, kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA