Pehin Badaruddin berhari raya bersama TPM S’pura

Pehin Badaruddin berhari raya bersama TPM S’pura

SINGAPURA, 3 Ogos – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean yang diadakan di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Pasir Ris – Punggol Republik Singapura.

Di Majlis tersebut Yang Berhormat Pehin dan Timbalan Perdana Menteri berkesempatan berinteraksi serta beramah mesra dengan para hadirin yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin akar umbi dan penduduk di kawasan berkenaan.

Majlis turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura Tuan Yang Terutama Awang Saiful Bahri bin Haji Awang Mansor.

Kehadiran Yang Berhormat Pehin adalah atas undangan pemimpin berkenaan dan sebagai manifestasi kepada hubungan akrab dan muhibah antara negara ini dan Republik berkenaan di pelbagai peringkat.

Yang Berhormat Pehin (tengah) bersama TYT Teo Chee Hean (2 kanan) di Majlis Sambutan Aidilfitri di Singapura.
Yang Berhormat Pehin (tengah) bersama TYT Teo Chee Hean (2 kanan) di Majlis Sambutan Aidilfitri di Singapura.

ARTIKEL YANG SAMA